Search:

Rabu, 22 Februari 2017
10:55:48am

Pengumuman

Kerjaya

Pengurusan Air Pahang Berhad telah melaksanakan urusan permohonan jawatan sepanjang masa secara online melalui laman sesawang ejob.paip.com.my. Dengan kaedah ini, PAIP Berhad tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan sebelum pengambilan dilakukan. Hanya calon yang memohon melalui sesawang eJob akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga.

Permohonan melalui sistem eJob ini akan didaftarkan di dalam bank data PAIP Berhad. Tempoh sah laku setiap pendaftaran ialah 12 bulan, sekiranya pemohon masih tidak disenarai pendek untuk temuduga dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir kemaskini, pemohon perlu memperbaharui pendaftaran sekiranya masih berminat dengan mengemaskini data pemohon.

Bagi yang berminat untuk memohon boleh klik pada pautan di bawah, syarat kelayakan mengenai jawatan yang terdapat di PAIP Berhad boleh dilihat pada laman eJob tersebut.


eJob.paip.com.my